MADAH-MADAH CINTA

Muz bukan lah "DOKTOR CINTA".......muz jugak bukannya "PAKAR MENCARI JODOH".........cuma mungkin madah2 di bawah mampu membantu sesiapa yang dalam dilema ataupun mungkin takde ayat nak bagi aweksss ataupun balakssss......mungkin ia dapat membantu.......ENJOY and LEARN.......huhu.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin aku keterlaluan

Tapi mungkin juga tidak
Tapi aku sedar
Kehadiranmu dalam hidupku
Amat bermakna
Amat bermakna
Dan amat bermakna
Kau adalah segalanya
Bagi diriku...
Mungkin perlakuanku membuatkan
Kau melahirkan amarah yang teramat
Tapi sedarlah
Wahai sayangku...
Tiada insan lain yang lebih penting di dalam kehidupan ini
Selain dirimu
Cuba dan akan ku cuba agar merubah tingkah laku
Dan harapanku agar kau mencontohi
Selamatkanlah kasih ini
Tinjaukanlah kemesraannya
Dan hayatilah keindahannya
Pesanku
Setiap insan terdapat kelemahannya,
Dan kelemahan aku hanyalah satu
Mencintai dirimu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

seminggu berlalu penuh dengan kesedihan

aku hilang arah tujuan hidup
tak tahu mana arah patut kutuju
kekiri berduri kekanan berduri
akhirnya kutewas pada diriku sendiri


makin kucuba tuk melupakan mu
lagi kuat aku mengingatimu
puas ku cuba....tapi tak berjaya
masih adakah cinta diantara kita

hari berlalu dgn penuh kesedihan,kekecewaan
hati ku pilu
tiada siapa yg tahu
zahir nampak kegembiraan
tapi batinnya aku mati......



Sampai bila aku harus begini
membiarkan semua kenangan menguasai diriku
YA ALLAH..aku pinta padamu......
jika dia baik untukku dekatkan lah dia dengan ku
jika dia tidak baik utk ku jauhkan lah dia dari ingatanku
AMIN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

maafkan aku kerna mengganggu

sekadar berbicara meluah rasa
andai tegugat ketenangan minda
harap diampun patah bicara
tahniah..
ku kira kau sedang gembira
bila elergi sepi bertamu
dan ilham rasa pun tercipta
secocok benar kalian berdua..
bersama melayan rasa
di kejauhan..
ku doakan kebahagiaan kalian...
semoga berkekalan tersimpul ikatan..
maafkan aku..
kerana mengganggu........
hadirku sekadar bertamu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bersendiri bersama malam yang sepi

berirama senandung lagu tanpa melodi
melenggok jejari menari tanpa lagu
begitulah kehidupan ku


kehadiran mu membawa cahaya
kembali menyinari kamar ku yang sepi
mengubat hatiku yang dulu luka
penawar gelisah di dalam hati



alangkah gembira bila kita bersua
walau bicara kita tanpa suara
bertemu tanpa bertentang mata
aku tetap bahagia



terimakasih atas ingatan mu
penghargaan mu tinggi ku sanjung
akan ku semat di jiwaragaku
bagai pusaka yang amat agung



maafkan ku sayang atas perkara yang lalu
moga tali ikatan kebahagiaan kekal seperti dulu


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Maafkan ku

dalam detik waktu itu
sirna embunmu ku dakap
sebelum gugurnya dijamah bumi..


redhalah hadirku
walau seketika mencium haruman
kembang pagi
penyubur mimpi mimpi


kalau sesiapa ada madah2 cinta yang best punya,boleh dikongsikan bersama.........boleh direnung bersama.....boleh diguna pakai bersama.....hehe.....

Ulasan