"PENAT DAN PENING MENJAGA ADIK2 TERSAYANG NIH...."

           Dulu memang tak pernah terfikir nak menjaga budak. Kehidupan dulu pun tidak sama macam sekarang. semuanya bermula apabila mak teringin ada teman berbual di rumah. Macam ni,masa sekolah dulu muz dan adik muz sekolah pagi,balik dah tentu pukul 2.30(kadang2 lagi lewat). Abang dengan ayah pula kerja yang dah tentu balik malam ataupun tengah malam. jadi setiap pagi mak akan jadi seperti "PUNGGUK MERINDU" oleh sebab tiada teman berbual setiap pagi. Jadi ayah ambil keputusan untuk jaga seorang budak yang baru lahir iaitu anak makcik muz yang kebetulan baru melahirkan anak yang ketiga(sume anaknya lelaki). Nama budak tu HAFRIEZAL DARRISH,tapi sume orang panggil dia ADAM termasuk mak bapak dia. Mak seronok sangat dapat jaga adam,tidaklah bosan lagi di rumah. Kami sekeluarga dah anggap dia macam anak sendiri. Sekarang umur adam dah mencecah 3 tahun lebih. Seronok sangat,sedar2 dah besar dah. Kalau dulu ayah balik selalu "TENSION" sebab masalah kerja,tapi sekarang walau macam mana pun masalah yang ayah ada pasti hilang bila tengok si adam ni. Semua orang pun macam tu termasuk muz sendiri. Boleh dikatakan adam ni sebagai pengubat masalah kami. Adam ni memang pandai bercakap,apa saja yang kita orang tegur atau nasihat mesti dia pusing balik ayat tu. Kita orang pulak yang kena...hehe....

          Tapi,semua tu sekejap aje,kerana satu hari ada seorang ibu muda datang minta tolong mak jaga anak dia. Pada mulanya mak taknak,tapi sebab ibu muda terdesak mak terpaksa setuju untuk jaga budak tu. Ibu muda tu seorang yang bekerjaya sama seperti suaminya. Suaminya selalu keluar negeri atas urusan pekerjaan. Dan ibu muda itu tidak ada pilihan lain selain meminta tolong dari mak muz. Nama budak ni QASEH MAIMUNAH,tapi sama macam si adam tadi,kita orang bagi dia nama lain(timangan) iaitu OMEL. Budak ni perempuan dan anak pertama ibu muda tadi. sekarang umur dia mencecah 1 tahun lebih. Budak ni memang comel dan manja. Tapi budak ni ada satu kekurangan yang membuatkan kita orang nak pecah kepala sampaikan ayah naik BARAN!! Tak ada sesiapa boleh tahan dengan perangai dia. Tak tau mana yang silap sebab cara kami menjaga dia sama aje dengan kami menjaga adam. Nak tau apa kekurangan dia???kekurangan dia ialah asyik nak berkepit dengan mak. Mana mak pegi mesti dia nak ikut sambil menangis. Contohnya sekarang mak tengah tengok tv,omel pulak tengah bermain dekat dengan mak. Tiba2 mak sakit perut dan nak pegi ke tandas. Omel tu confirm nangis dan nak ikut mak pegi ke tandas. Sakit hati betul. Kalau nak memudahkan cerita,mak tak boleh gerak ke mana2 pun,hanya si omel ni sahaja boleh bergerak. Disebabkan omel mak tak boleh memasak,mengemas rumah, dan lain2 lagi. Mak umpama bangunan yang tidak boleh bergerak walau sedikit pun. Dan keadaan mak pada masa tu lebih teruk dari dari sebelum menjaga budak pun lagi2 masa muz pergi PLKN selama 3 bulan. Ayah cakap keadaan mak sangat teruk sehinggakan ayah terpaksa kerap mengambil cuti bagi menjaga si omel tu. Setelah muz habis PLKN,muz terpaksa ambil alih kerja mak,muz yang menjaga omel dan didik dia supaya tidak asyik ikut mak saja. mungkin ia akan masa sedikit. Tapi muz tetap akan cuba kerana ini saja jalan yang terbaik. Yang pasti keadaan mak lebih baik dari dulu dan harap2 si omel ni akan dapat diubah.


sama2 kita berdoa ye...

Ulasan