....erti sebenar kehidupan....

          Seumur hidup abg muz,tak pernah abg muz dihina,dicaci dan di maki oleh orang lain,kawan2,cikgu2,dan keluarga abg muz. Tapi semuanya terjadi sekelip mata. semua kenalan abg muz sudah tinggalkan abg muz dan amat menyedihkan teman setia abg muz sendiri yang berjanji untuk sehidup dan semati ngan abg muz juga turut meninggalkan abg muz. Dan amat dan paling memedihkan,keluarga abg muz sendiri tak terima abg muz lagi seperti abg muz ni dah tak wujud lagi di dunia ni. Abg muz menangis dan sedih selama berbulan-bulan bila terkenangkannya. Tapi abg muz terpaksa terima dan akur,ini kerana tanggungjawab abg muz.....

         Semua ni bermula masa abg muz berada di sekolah menengah lagi. Masa tu abg muz berumur 16 tahun dan bersekolah di sekolah menengah teknik setapak KL. Abg muz pada masa tu merupakan ketua pengawas sekolah dan merupakan orang penting di sekolah kerana banyak memegang jawatan tinggi di sekolah terutama sekali bila abg muz menjadi pelajar terbaik sekolah kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun. Abg muz juga peroleh ramai teman2 serta guru2 yang baik serta sentiasa senang dengan abg muz. Bab awek jangan cakaplah,memang ramai. 

       Tapi abg muz tak sangka,dalam ramai2 kawan abg muz,ada seorang yang sanggup menganaya kawan baik dia sendiri. Sehinggakan impak dia tak pernah berhenti untuk abg muz sehingga sekarang. Pada masa tu, abg muz nak menghadiri peperiksaan SPM dan hari tu merupakan hari terakhir peperiksaan untuk paper ELEKTRIK. 10 minit sebelum abg muz nak masuk dewan peperiksaan,kawan abg muz yang JAHANAM TU!!! suruh ajak abg muz pergi ke tandas. Yang peliknya,tandas yang dia nak bawa abg muz ni bukan main jauh lagi kat bengkel,sedangkan kat sebelah dewan tu pun ada tandas jugak. Bila abg muz tanya,dia jawab yang tandas tu tak selesa. Abg muz pun percaya bulat-bulat.

      Bila dah sampai ke bengkel,tiba2 kawan abg muz berhenti dan kepala abg muz di hentak sesuatu seperti tukul dan abg muz terus pengsan. Sehingga sekarang abg muz tak dapat melupakan kejadian tu dan kesannya terlalu pahit untuk abg muz terima dan ini pun untuk kebaikan semua. dan terima kasih kepada yang menyokong abg muz. Dan untuk pengetahuan semua,tugas abg muz yang berat ini sebenarnya ialah....................................................................................jeng!!.......jeng!!..........jeng!!!!!!

go go power ranger!!



Ulasan

Catat Ulasan